top of page

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KELOLAAN TVPSS SK SERI MAKMUR,
DENGAN KERJASAMA
SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR,
PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR (PGBMS),
KOPERASI GURU BESAR SELANGOR BERHAD (KOGUBEST).

Kelolaan :
LOGO SKSM.png
Dengan Kerjasama :
images (2)-01.png
Logo-JPN-SELANGOR-Baharu-01.png
KOGUBEST-01.png

030

/100

penyertaan 

dikemaskini pada 08/10/2024 17:30pm
Tarikh TUTUP penyertaan dilanjutkan sehingga 18 Oktober 2024

PENGENALAN RINGKAS PROGRAM

Pertandingan Video Pendek anjuran Studio TVPSS Sekolah Kebangsaan Seri Makmur dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Selangor, Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Selangor (PGBMS) dan Koperasi Guru Besar Selangor Berhad (KOGUBEST) ialah program berbentuk pertandingan yang mencabar bakat serta kemahiran kreatif dan inovatif yang diadakan pada peringkat negeri. Pertandingan ini akan berlangsung pada 02 September 2024 yang mensasarkan murid sekolah rendah di negeri Selangor.

poster pertandingan video pendek.jpg

HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG

10415339_Mesa de trabajo 1-05.png
10415339_Mesa de trabajo 1-02.png
10415339_Mesa de trabajo 1-03.png
10415339_Mesa de trabajo 1-04.png
10415339_Mesa de trabajo 1_Mesa de trabajo 1.png
INFO

                                       SASARAN PENYERTAAN                                    

 TEMA 

Memperkasa Pendidikan Digital Untuk Masa Depan Malaysia Madani

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.

SYARAT PERTANDINGAN

TERMA DAN SYARAT :

Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ diciplak.

Sebarang klip video selain daripada hasil rakaman sendiri adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan penghasilan filem pendek.

Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.

Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas HAK CIPTA. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk tujuan promosi.

Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

​​Jumlah penyertaan maksimum bagi setiap kumpulan bagi setiap kategori melibatkan 4 orang sahaja termasuk pelakon dan krew produksi. (Minimum penyertaan adalah SEORANG sahaja)​

PENDAFTARAN

PROSEDUR PENDAFTARAN 

Penyertaan adalah secara first come first served untuk 100 penyertaan terawal.

Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.

Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.

Tarikh akhir penghantaran filem pendek ke pihak pengelola dilanjutkan sehingga  18 Oktober 2024.

Senarai bahan/borang yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke Google Form pendaftaran:

  • Lampiran 1- Borang Penyertaan

  • Pautan Video Filem Pendek yang telah dimuatnaik ke saluran Youtube TV PSS sekolah masing-masing

Video yang terpilih bagi mewakili sekolah masing-masing perlu dimuat naik ke saluran Youtube TV PSS sekolah masing-masing dan perlu diisi pautan video tersebut ke dalam Google Forms pendaftaran yang disediakan oleh pihak pengelola. Fail video pertandingan dinamakan dengan format:

Nama Sekolah_TajukFilem

346582-PAMAQZ-770-01.png
HUBUNGI KAMI

TARIKH PENTING

bottom of page